Trump kata Israel, Hizbullah setuju tidak saling menyerang
Donald Trump. Photo by AFP

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata sebarang dana Iran yang dilepaskan oleh Jabatan Perbendaharaan AS akan dikawal ketat dan dihadkan hanya untuk pembelian barangan kemanusiaan buatan Amerika, lapor  Anadolu Ajansi.

“Wang dan/atau sekatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan AS akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow  yang dikawal oleh AS, dan akan digunakan khusus untuk pembelian bekalan makanan dan perubatan dari Amerika Syarikat sahaja,” tulis Trump di platform media sosial miliknya, Truth Social.

Beliau berkata dana berkenaan akan membantu golongan petani di Amerika menerusi eksport jagung, gandum dan kacang soya, yang didakwanya “amat diperlukan” oleh Iran ekoran “krisis kemanusiaan” yang berlaku di negara itu.

Arahan itu dikeluarkan susulan tindakan Jabatan Perbendaharaan mengeluarkan lesen sementara selama 60 hari bagi penjualan minyak Iran sebagai sebahagian daripada rangka kerja nuklear baharu.

Dalam hantaran berasingan, Trump mendakwa sebanyak 19 juta tong minyak yang mencatatkan rekod tertinggi telah melalui Selat Hormuz pada Isnin, sambil menegaskan bahawa harga minyak “jatuh merosot” dan dunia kini menjadi lebih selamat. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast