TOKYO – Gempa bumi kuat berukuran magnitud awal 5.6 menggegarkan wilayah tengah Jepun, Yamanashi, serta kawasan berhampiran malam ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Gempa yang berlaku pada pukul 10.29 malam waktu tempatan itu mencatatkan intensiti 6 rendah pada skala seismik Jepun yang mempunyai maksimum 7, khususnya di bandar Fujikawaguchiko di Yamanashi.
Wilayah berkenaan terkenal sebagai lokasi terletaknya Gunung Fuji.
Pihak berkuasa memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar.- Agensi
















