JOHOR BAHRU – Tersebar satu edaran berkenaan satu konspirasi pembunuhan karakter terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini yang didakwa dilakukan Pakatan Harapan (PH).

Menurut edaran yang disebarkan dalam kalangan ahli parti, Onn Hafiz diburuk-burukkan selepas kenyataan tidak mahu duduk semeja dengan DAP jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Bila tak bekerjasama – character assassination (pembunuhan karakter) bermula dari pimpinan Persekutan PH terhadap MB Johor Onn Hafiz.

“Modus operandinya mudah. Bunuh atau rosakkan (Kill/Tarnish) imej pemimpin yang paling berpengaruh dalam sesuatu kelompok atau kumpulan. Bagi BN Johor – individu tersebut adalah Datuk Onn Hafiz,” menurut kandungan dalam edaran tersebut.

Dakwa edaran tersebut: “Modus operandi yang sama digunakan oleh mereka sebelum mereka ke puncak kuasa. Kini tumpuan adalah melekatkan label – sombong, angkuh, claim credit“.

Edaran berkenaan juga mendakwa semua itu berlaku hanya kerana tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PH dan DAP.

“Kalau hari tu setuju untuk meneruskan kerjasama mungkin tak timbul semua ini. Automatik – Onn Hafiz adalah MB paling friendly (mesra) dan berprestasi tinggi kepada mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Empat tahun lalu, Bangsa Johor memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk memimpin negeri ini. Dalam tempoh itu, banyak yang telah kita usahakan dan capai bersama.”

Onn Hafiz semasa melancarkan Jentera Barisan Nasional (BN) untuk PRN Johor mengeluarkan kenyataan tidak mahu duduk semeja dengan DAP jika menang PRN Johor.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast