KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia akan terus menikmati saluran TV1, TV2 dan TV Okey di platform Astro, NJOI dan Sooka.
Peluasan penawaran saluran RTM melalui Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM pula akan mula tersedia kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.
Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro dalam satu kenyataan bersama berkata, landskap media massa kini memerlukan pendekatan yang lebih progresif, inklusif dan berorientasikan masa hadapan.
Ia selaras dengan perubahan teknologi serta corak penggunaan media yang semakin berkembang.
“RTM dan Astro yakin kerjasama yang diperkukuh ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, memperkukuh industri media tempatan serta memperluas akses rakyat kepada kandungan yang berkualiti, dipercayai dan relevan,” katanya.
Tambahnya, RTM dan Astro yakin kerjasama yang diperkukuh ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, memperkukuh industri media tempatan serta memperluas akses rakyat kepada kandungan yang berkualiti, dipercayai dan relevan.
Media sebelum ini melaporkan, RTM akan menghentikan perkhidmatannya menerusi platform satelit Astro bermula Julai ini selepas hampir 30 tahun bekerjasama.
Dalam satu pekeliling bertarikh 11 Mei 2026, RTM berkata, kedua-dua pihak kali ini berdepan kesukaran untuk “mencapai persetujuan mengenai harga” dan selain tidak memenuhi keperluan serta keupayaan kewangan. -MalaysiaGazette
















