Dari kiri, calon Bebas, Datuk Kamaruzaman Ali, calon dari Pakatan Harapan, Arthur Chion Sen Sern, calon dari Parti MUDA, M Premanand, calon dari Barisan Nasional, R K Kumaran dan calon dari Parti BERSAMA, G Tamili bergambar bersama selepas sah diumumkan sebagai calon yang bertanding bagi DUN Bukit Batu sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Batu di Dewan Serbaguna Taman Putri, Kulai. Foto SADIQ SANI, 27 JUN 2026.

KULAI – Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu yang menang tipis 137 undi pada pilihan raya lalu mempunyai strategi untuk menguasai undi pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau berkata, seluruh jentera akan digerakkan untuk memastikan DUN Bukit Batu kekal milik PH walaupun dalam pertembungan lima penjuru.

“Semasa PRN dulu menang saya dapat 137 undi kerana kurang pengundi keluar disebabkan Covid-19 tetapi dalam pilihan raya umum lepas PH di DUN Bukit Batu mendapat kita mendapati terdapat pertambahan jumlah undi.

“Salam empat tahun ini kita berkerja sedaya upaya untuk berkhidmat kepada rakyat Bukit Batu dan saya yakin PH pada kali ini akan menang besar,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita ketika ditemui selepas proses penamaan calon selesai di Pusat Penamaan Calon Bagi N.51 DUN Bukit Batu di Dewan Serbaguna Taman Putri di sini hari ini.

Arthur Chiong, 36,  akan bertemu calon Barisan Nasional (BN), R K Kumaran, 56; calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), M Premanand, 53, calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), G Tamili, 30, dan calon bebas, Datuk Kamaruzaman Ali, 63.

Mengulas lanjut, beliau melihat semua calon ada ada kekuatan dan kelemahan masing-masing namun yakin PH akan menang lagi di kerusi DUN Bukit Batu.

Jelas beliau, pihaknya akan tambah baik dan bekerja keras dalam tempoh dua minggu ini sepanjang berkempen untuk menawan hati pengundi.

Pada PRN Johor yang lalu, Arthur Chiong menang dengan majoriti tipis iaitu 137 undi selepas mendapat keseluruhan 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Batu.

Beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kulai menewaskan S Suppayah (Barisan Nasional) 9,302 undi; Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) 4,334 undi dan Lee Ming Wen (Parti Warisan) 1,053 undi.

Susulan itu, MIC yang tidak berpuas hati dengan kemenangan tipis itu menuntut SPR mengira semula kertas undi kerusi DUN Bukit Batu.

Suppayah yang juga Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat mahukan pengiraan semula kerana terdapat sejumlah besar kertas undi yang ditolak dan mendakwa berlaku ketirisan, ketika proses pengiraan undi.

Beliau juga mendakwa permintaannya untuk mengira semula undi di beberapa pusat pengundian ditolak oleh pegawai SPR dan penolakan permintaannya itu tidak mematuhi undang-undang kecil pilihan raya.

Suppayah kemudian membuat laporan polis sebelum mengemuka petisyen pilihan raya.

Mahkamah pilihan raya pada 29 Jun 2022 memutuskan kemenangan Arthur Chiong Sen Sern pada PRN Johor, bagi kerusi DUN Bukit Batu Mac lalu adalah sah.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast