Calon Parti Bersama N.46 Perling, Boo Wei Han berucap pada Ceramah Jelajah Trak Kancil sempena kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Taman Pelangi, Johor Bahru. Foto SADIQ SANI, 28 JUN 2026.

JOHOR BAHRU – Parti Bersama Malaysia (PBM) menimbulkan isu larangan penternakan babi di negara ini dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam kempen pertamanya di sini hari ini.

Calonnya di kerusi N46 Perling, Boo Wei Han mempersoalkan larangan itu sedangkan ia diusahakan keluarga yang bergantung kepada industri itu sejak beberapa generasi.

“Saya hairan kenapa babi jadi isu sebab sudah 30 hingga 40 tahun orang bela babi.

“Ada orang mati ke tinggal sebelah kandang babi? Ada orang kena penyakit ke?” soalnya berucap pada Ceramah Jelajah Trak Kancil dalam kempen PRN Johor di Taman Pelangi, di sini malam tadi. 

Wei Han menegaskan, sebarang tindakan penutupan semua ladang babi perlu mengambil kira kesan terhadap pengusaha yang telah lama mencari rezeki dalam industri berkenaan.

“Saya harap isu ini boleh u-turn. 

“Saya kesian kepada mereka. Seumur hidup, dua hingga tiga generasi mereka bela babi, tiba-tiba disuruh tutup semua,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast