Foto IG Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Anak sulung kepada pelakon terkenal, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin terus mempamerkan aksi cemerlang dalam arena olahraga apabila berjaya memecahkan rekod baharu bagi acara 110 meter (m) lari berpagar di Kejohanan Olahraga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kebangsaan 2026.

Mewakili kontinjen Selangor, Rayyan, 17, yang memiliki fizikal atlet yang tinggi, memadam rekod terdahulu dalam kejohanan berprestij yang menghimpunkan atlet terbaik MRSM dari seluruh negeri.

Bukan itu sahaja, dia  turut membuktikan kejagoannya dalam acara pecut apabila meraih pingat perak (tempat kedua) bagi acara 100 m dan pingat gangsa (tempat ketiga) untuk acara 200 m.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast