Papan iklan calon PH DUN Bukit Permai yang dirosakkan.

MUAR – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani membuat laporan polis selepas mendakwa poster kempennya dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Mohamad Shafwan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pukul 11.30 malam tadi selain turut memanjangkan laporan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat diambil.

Terdahulu, katanya, beliau dimaklumkan papan iklan (billboard) kempennya menjadi mangsa khianat apabila dikoyakkan tepat di bahagian muka.

Ujarnya, kejadian itu disedari berlaku di persimpangan masuk Felda Taib Andak-Felda Inas semalam.

“Taktik jijik dan perbuatan khianat sebegini amat mendukacitakan.

“Dalam landskap politik Malaysia yang sepatutnya semakin matang, kita wajar berlawan dari sudut idea, polisi, dan tawaran

Mohamad Shafwan Ani membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pukul 11.30 malam tadi.

untuk rakyat, bukan dengan merosakkan bahan kempen lawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mohamad Shafwan turut membuat laporan kepada PP-KPR SPR selepas mendakwa papan iklannya ditutup dengan bahan kempen oleh jentera parti lawan.

Sementara itu, Mohamad Shafwan berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa dan berharap tindakan tegas akan diambil agar insiden serupa tidak berulang, sama ada kepadanya mahupun calon-calon yang lain.

“Walau apa pun provokasi yang dilemparkan, saya dan pasukan tidak akan lemah.

“Kami akan terus berkempen secara berhemah, mematuhi undang-undang, dan memfokuskan sepenuhnya kepada mesej dan masa depan warga Bukit Permai mahupun Kulai.

“Biar rakyat yang menilai sendiri berdasarkan kerja nyata dan keikhlasan saya, bukan pada taktik jijik menjatuhkan orang lain kerana takut,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast