Anwar Ibrahim ketika berucap pada ceramah mega PH di Serom, Tangkak, Johor malam ini.

MUAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PH diheret masuk ke dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 antaranya supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dibebaskan.

Selain itu, katanya yang juga Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) juga membubarkan Kerajaan Negeri Johor kerana beranggapan cukup kuat untuk berkuasa semula.

“Pilihan raya tak perlu sekarang, dia (BN) paksa juga. Untuk apa? Sekarang kita dah tahu, sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu, kemudian tentunya nak bebaskan Datuk Seri Najib.

“Saya, bersama rakan-rakan Pakatan Harapan, diheret terpaksa masuk pilihan raya,” katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di Serom, di sini malam ini.

Bagaimanapun, tegas Anwar, PH sebaliknya menyertai PRN Johor ke-16 dengan matlamat mahu memastikan kestabilan politik menerusi kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

Jelasya, menerusi kestabilan itu, usaha dapat ditumpukan bagi mengangkat martabat anak-anak bangsa Johor, memandangkan negeri ini serta Malaysia bukan miskin.

Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan keputusan BN mengadakan PRN Johor kerana mempunyai agenda lebih besar iaitu untuk kembali mengawal dan memerintah negara.

Tegasnya, beliau boleh membenarkan perkara itu berlaku sekiranya BN benar-benar jauh lebih baik daripada PH termasuk dari sudut menghentikan amalan rasuah.

They want to control back the country. Okay. Tapi kalau control untuk apa? Ada dia cerita, we want to have satu negara yang lebih bersih. No corruption. Saya salute. Saya nak lebih bersih daripada Anwar. Saya mahu negar ini tak mahu ada rasuah.

“Kalau much better team (daripada PH) saya salute, silakan. Tapi kalau yang saya kenal (BN), no way! Tak boleh, jahanam ini negeri,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast