Polis sahkan hantaran insiden lama.

KUALA LUMPUR – Hantaran tular berkaitan ‘dakwaan azan subuh ganggu tidur, ADUN buat laporan polis’ yang kembali tular di media sosial bar-baru ini adalah insiden lama.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Hafiz Mihammad Nor yang mengesahkan perkara itu, pihaknya telah mengesan penularan semula hantaran tersebut di Facebook.

“Hantaran berkenaan telah mencetus pellbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

“Semakan mendapati, kandungan yang ditularkan itu merujuk kepada insiden lama yang telah melalui proses siasatan serta tindakan mengikut peruntukkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

“Pihak polis tidak teragak-ahak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesa menyebarkan berita palsu, hasutan, atau kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast