Foto FB FIFA World Cup.

SEATTLE – Impian Amerika Syarikat (AS) untuk melangkah jauh dalam saingan Piala Dunia di halaman sendiri berkecai selepas dibelasah 1-4 kepada Belgium pada aksi pusingan kalah mati, sebentar tadi.

Charles De Ketelaere muncul wira Belfium yang menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan buat rakan, Hans Vanaken untuk membantu pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir.

Walaupun pemain tuan rumah Malik Tillman sempat menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan percuma pada pertengahan babak pertama, namun pemain gantian Romelu Lukaku melengkapkan kemenangan Belgium dengan gol keempat pada minit ketiga masa kecederaan.

Dalam aksi itu, penyerang utama, Folarin Balogun kembali memperkuatkan AS selepas penggantungan satu perlawanan akibat kad merah dibatalkan oleh FIFA.

Terdahulu, FIFA membenarkan Balogun beraksi pada pusingan 16 menentang Belgium itu meskipun penggantungan terhadapnya telah diumumkan susulan dilayangkan kad merah ketika bermain menentang Bosnia.

Ia mencetuskan gelombang kontroversi yang mengheret nama Presiden AS Donald Trump.

Trump sendiri mengesahkan beliau menghubungi Presiden FIFA Gianni Infantino, bagi meminta badan induk bola sepak dunia itu menyemak semula kad merah tersebut.

Sementara itu, Belgium akan akan berdepan Sepanyol dalam aksi suku akhir yang dijadual berlangsung di Inglewood, California pada Jumaat ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast