Presiden Makkal Sakti, Datuk RS Thanenthiran.

JOHOR BAHRU – Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran menggesa pemimpin DAP, Nga Kor Ming meletakkan jawatan sekiranya benar mempunyai maruah dan bertanggungjawab susulan dakwaan menggunakan imej Datin Seri Rosmah Mansor dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu sebagai melampaui batas serta tidak mencerminkan sikap seorang pemimpin apatah lagi seorang Menteri Persekutuan.

“Saya fikir sebagai seseorang yang berjawatan menteri, Kor Ming sudah melampaui batas.

”Amat memalukan apabila seorang menteri sanggup memperlekeh dan mengaibkan seorang wanita semata-mata untuk kepentingan politik. Sampai bila DAP hendak terdesak tarik pengundi seperti ini?

“Seorang pemimpin perlu berpolitik secara berhemah dan berdebat berdasarkan dasar serta idea, bukannya menyerang atau mempersendakan individu, lebih-lebih lagi seorang wanita.

“Kalau benar beliau mempunyai maruah dan sifat seorang gentleman, beliau sepatutnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Jangan menjadi pembuli terhadap wanita demi kepentingan politik. Malulah sedikit,” katanya pagi ini kepada MalaysiaGazette.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kecaman Datin Seri Rosmah Mansor terhadap tindakan Kor Ming yang didakwa menggunakan wajah serta imej beliau dalam bahan kempen PRN Johor.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu mendakwa bahan kempen berkenaan merupakan propaganda murahan serta memalukan memandangkan Nga merupakan seorang Menteri Persekutuan.

Rosmah dipercayai merujuk kepada satu bahan kempen yang memaparkan wajahnya bersama mesej ditujukan kepada pengundi luar sempena PRN Johor. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rosmah kecam Kor Ming guna wajahnya untuk bahan kempen PRN Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast