Abu Bakar Hamzah

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Datuk Abu Bakar Hamzah bersama seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Datin Marzita Mansor, dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Memetik laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber dalaman parti itu, surat peletakan jawatan kedua-dua pemimpin berkenaan dikatakan telah dihantar kepada kepimpinan pusat Bersatu.

Menurut sumber berkenaan, Abu Bakar bagaimanapun masih mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri.

Sumber sama turut mendakwa, Marzita yang juga Exco kerajaan negeri tidak melepaskan kedudukannya sebagai Exco Srikandi Bersatu.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Abu Bakar, Marzita atau pihak kepimpinan Bersatu bagi mengesahkan laporan berhubung peletakan jawatan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast