Petugas media memantau skrin yang memaparkan keputusan terkini tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Command Centre BN di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO, Johor Bahru. Foto SADIQ SANI, 11 JULAI 2026.

KUALA LUMPUR – Setakat jam 8.06 malam tadi, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 49 kerusi, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi tujuh kerusi setakat ini manakala parti-parti lain seperti Perikatan Nasional (PN), Bersama dan MUDA masih gagal menang di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pembentukan kerajaan negeri Johor memerlukan majoriti mudah 29 DUN

Setakat 5 petang tadi, sebanyak 67.44 peratus atau lebih 1.8 juta orang daripada keseluruhan 2.6 juta pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast