Bangunan Bursa Malaysia. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Pelabur institusi asing kembali menjadi pembeli bersih selepas lapan minggu berturut-turut mencatatkan jualan bersih, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM75.3 juta.

MBSB Research berkata, pelabur institusi asing menjadi pembeli bersih pada tiga daripada lima hari dagangan minggu berkenaan, dengan aliran masuk tertinggi direkodkan pada Khamis (RM142.5 juta), diikuti Rabu (RM23.1 juta) dan Jumaat (RM3.7 juta).

Aliran keluar bersih terbesar pula dicatatkan pada Isnin (-RM84.5 juta) dan Selasa (-RM9.5 juta).

Menurut firma penyelidikan itu, tiga sektor yang menerima aliran masuk bersih tertinggi daripada pelabur institusi asing ialah utiliti (RM136.5 juta), perkhidmatan kewangan (RM84.2 juta) dan perladangan (RM50.9 juta).

Sebaliknya, aliran keluar bersih terbesar direkodkan dalam sektor teknologi (-RM106.2 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM88.8 juta) serta pembinaan (-RM20.9 juta).

Manakala pelabur institusi pula kembali menjadi penjual bersih selepas mencatatkan 12 minggu berturut-turut sebagai pembeli bersih, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM201.3 juta.

Dalam pada itu, pelabur runcit juga kembali menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan jualan bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM126.0 juta.

Dari segi purata volum dagangan harian (ADTV), aktiviti dagangan pelabur runcit menurun 6.5 peratus, manakala pelabur institusi tempatan meningkat 10.9 peratus. Aktiviti dagangan pelabur institusi asing pula susut 27.6 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast