POLYCC ke 31st FIRA RoboWorld Cup & Summit 2026 yang yang akan berlangsung di Markham, Ontario, Kanada bermula 17 Julai ini selama lima hari.

PUTRAJAYA – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sekali lagi membuktikan komitmennya dalam melahirkan bakat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVE)T bertaraf dunia apabila menghantar kontinjen POLYCC ke 31st FIRA RoboWorld Cup & Summit 2026.

Ketua Pengarah, Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Dr. Shamsuri Abdullah berkata, penyertaan dalam pertandingan itu bukan sekadar mengejar kemenangan, sebaliknya menjadi platform penting dalam membangunkan bakat, kreativiti, inovasi dan daya saing pelajar TVET di peringkat global.

Menurutnya, selain menyertai kejohanan, delegasi Malaysia yang diketuai oleh KPPK turut membawa misi strategik negara untuk mengemukakan bidaan Malaysia sebagai tuan rumah FIRA RoboWorld Cup & Summit 2027.

“Penganjurannya bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan TVET, robotik dan inovasi bertaraf dunia serta memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi.

“Penyertaan kontinjen Malaysia POLYCC pada tahun ini turut disandarkan kepada rekod kecemerlangan yang membanggakan di pentas FIRA,” katanya pada majlis pelepasan Kontinjen Malaysia di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

 

Pada edisi sebelum ini di Korea Selatan, kontinjen POLYCC berjaya membawa pulang 13 pingat iaitu lima emas, tiga perak dan lima gangsa

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Dr.  Aminuddin Hassim yang mencerminkan sokongan padu pihak KPT dalam memperkasa pendidikan TVET melalui pembangunan bakat, inovasi dan teknologi robotik.

POLYCC ke 31st FIRA RoboWorld Cup & Summit 2026 yang yang akan berlangsung di Markham, Ontario, Kanada bermula 17 Julai ini selama lima hari akan menyaksikan seramai enam pelajar dan dua  pensyarah pengiring mewakili

POLYCC daripada tiga politeknik iaitu Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang akan bertanding dalam kategori HuroCup, FIRA Air dan Autonomous Car Challenge.

Mereka akan diuji kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengaturcaraan, kecerdasan buatan(AI), integrasi sistem dan penyelesaian masalah secara autonomi bersama pasukan
terbaik dunia.

Pada edisi sebelum ini di Korea Selatan, kontinjen POLYCC berjaya membawa pulang 13 pingat iaitu lima emas, tiga perak dan lima gangsa sekali gus mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai antara pencabar utama dalam bidang robotik.

Pada FIRA RoboWorld Cup & Summit 2024 di Brazil, pasukan daripada Politeknik Port Dickson (PPD) berjaya merangkul Best Technical Startup Award (Innovation & Business) membuktikan keupayaan pelajar POLYCC bukan sahaja dalam aspek teknikal, malah berpotensi menghasilkan inovasi yang mempunyai nilai komersial di peringkat antarabangsa.

Dr Shamsuri berkata, JPPKK yakin penyertaan ini bukan sahaja mampu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, malah menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar TVET untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang robotik, automasi dan teknologi masa hadapan selaras dengan aspirasi Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035. – MalaysiaGazette

POLYCC daripada tiga politeknik iaitu Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik
Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang akan
bertanding dalam kategori HuroCup, FIRA Air dan Autonomous Car Challenge.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast