Khoo Poay Tiong

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka menggambarkan akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) Melaka selepas mengesahkan menjadi pembangkang susulan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri hari ini.

Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, mulai esok, kedudukan semua empat ADUN DAP dan seorang ADUN Amanah akan berada di blok pembangkang.

“Ini adalah pendirian kita, tiada kena mengena sebab (keputusan) PRN Johor sebaliknya dibuat kerana DUN Melaka hari ini meluluskan usul Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi melantik ADUN lantikan yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

“Ini juga sudah jelas (bergerak solo),” katanya ketika ditanya bagaimanakah kerjasama politik PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka selepas mengumumkan menjadi pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast