KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden pergaduhan yang melibatkan beberapa orang murid di luar kawasan sekolah di Tawau yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Katanya, pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti murid yang terlibat serta menjalankan siasatan dalaman.
“Walaupun kejadian berlaku di luar sekolah, sebarang bentuk salah laku yang melibatkan murid dipandang serius.
“Tingkah laku sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej institusi pendidikan, malah boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, JPN Sabah tidak akan berkompromi dengan insiden salah laku sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap murid yang didapati bersalah selaras dengan peruntukan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa. -MalaysiaGazette
















