JOHOR BAHRU – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang wanita berusia 32 tahun yang dilaporkan hilang di sini pada April lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Hoe Kai Li pada 20 April lalu.
“Kali terakhir dia dilihat di perhentian bas berhampiran Petron, Jalan Shahbandar, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor Bahru.
“Kai Li merupakan warga tempatan beralamat di No 28, Jalan Temenggong 3, Taman Ungku Tun Aminah di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, wanita berkenaan berkulit putih, kurus, tinggi dan memakai cermin mata dengan berat badan 45 kilogram serta mempunyai ketinggian 160 sentimeter.
Jelasnya, kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai kemeja kuning dengan seluar panjang jeans berwarna biru.
“Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi Kai Li boleh menghubungi Ketua Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, Sarjan Mejar Kamaruddin Jusoh 019-756 4546,” katanya.
Tambah beliau, boleh juga menguhubugi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.- MalaysiaGazette
















