Polis menemukan mayat Muhammad Nasrulhaq dalam ladang kelapa sawit di Jalan Kluang Kota Tinggi, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Bau yang kuat dari kawasan ladang kelapa sawit membawa kepada penemuan mayat pelajar tingkatan tiga, Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman di Jalan Kluang Kota Tinggi di sini hari ini.

Menurut seorang penduduk Felda Simpang Waha yang enggan dikenali berkata, hatinya merasa kurang senang apabila tercium bau yang kuat sebelum berusaha untuk mencari dari mana datang bau tersebut.

“Dia sebaya dengan usia anak, tidak sampai hati biarkan dia macam itu sahaja, kebetulan pada awal pagi tadi ketika mencarinya terdapat bau.

“Saya juga meminta bantuan pengguna jalan raya lain bagi menemani saya ke ladang kelapa sawit itu berhampiran kawasan perindustrian hingga menemukan Muhammad Nasrulhaq yang hilang sejak Ahad lalu,” katanya kepada pemberita.

Katanya, sebelum itu, penduduk kampung tidak berputus-asa untuk mencari Nasrulhaq sejak dua dilaporkan hilang hampir seminggu.

“Dengan keizinan Allah, Muhammad Nasrulhaq ditemukan pada awal pagi hari ini. Kami menghubungi polis serta keluarga bagi tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu kehilangan Muhammad Nasrulhaq dilaporkan ahli keluarganya dan meminta orang ramai mengesan dan memaklumkan jika menemui remaja berusia 15 tahun itu.

Ibu saudara arwah, Nooranaliza Abd Jalil, 43, berkata, keluarganya reda dengan pemergian Muhammad Nasrulhaq atau mesra dipanggil sebagai Nasrulhaq.

Menurutnya, keluarga mahupun penduduk kampung menjalankan usaha mencarikan selama hampir seminggu.

Katanya, anak saudaranya merupakan seorang yang pendiam dan pada kali terakhir bertemu dengannya pada 11 Julai lalu iaitu sehari sebelum kejadian

Mayat Muhammad Nasrulhaq ditemui dalam kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Kluang-Kota Tinggi, Kota Tinggi hari ini.”Saya pulang ke kampung di Felda Simpang Waha pada hari mengundi, ia menjadi pertemuan terakhir kami. Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Saya difahamkan dia keluar rumah ke rumah rakan di Kampung Temenin Baru dan sebelum kejadian dia sempat membuat panggilan video bersama-sama seorang rakan namun ia terputus secara tiba-tiba.

“Kali terakhir dia dapat dihubungi adalah menerusi panggilan video pukul 4.26 awal pagi, Ahad lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman pada awal pagi ini dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan remaja berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu remaja itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC terbabas sendiri dengan di Kilometer 8.2 Jalan Kluang-Kota Tinggi.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di badan serta kaki dan meninggal dunia di tempat kejadian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Misteri kehilangan remaja terungkai, mayat ditemui dalam ladang kelapa sawit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast