Tangkapa layar insiden kes pecah cermin di Desa Menteri, Petaling Jaya.

SHAH ALAM – Tiga lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes khianat pecah cermin lima kenderaan di tempat letak kereta di kawasan Desa Mentari, Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisien Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kesemua suspek berusia antara belasan dan 20-an itu ditahan di sekitar daerah Petaling Jaya,awal pagi tadi.

“Permohonan reman ke atas semua suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya secara ringkas dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai memecahkan cermin lima kenderaan di kawasan tempat letak kereta terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast