Anwar Ibrahim berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini. (Gambar fail)

MELAKA – Kerajaan secara prinsipnya bersetuju supaya proses kenaikan pangkat melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipermudah serta dipercepat, selari dengan skim perkhidmatan awam yang lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata butiran mengenai kaedah baharu itu, dijangka diumumkan sewaktu sambutan Ambang Merdeka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Beliau berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, kini sedang giat meneliti mekanisme pelaksanaan perkara tersebut.

“Kita berikan ruang sedikit kepada mereka,” kata beliau berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama ATM di Kem Terendak di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Shamsul Azri dan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

Anwar berkata isu mengenai kenaikan pangkat pegawai ATM sebelum ini pernah dibangkitkan secara terus kepada beliau, sewaktu mengadakan lawatan ke Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan bulan lepas. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast