KUALA LUMPUR – Toyo Tires meneruskan komitmen menggabungkan kepakaran pembuatan tempatan dengan teknologi kejuruteraan Jepun bagi menawarkan tayar berkualiti tinggi pada harga mampu milik kepada rakyat Malaysia.
Menerusi pelancaran manifesto jenama baharu, ‘Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun’, syarikat turut komited dalam memperkukuh industri pembuatan tempatan menerusi tenaga kerja Malaysia di samping mengekalkan standard kejuruteraan Jepun yang menjadi identiti Toyo Tires sejak 1945.
Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn. Bhd., Tan Song Chye berkata, Toyo Tires merupakan satu-satunya pengeluar tayar di negara ini yang menggabungkan kemahiran tenaga kerja tempatan dengan ketepatan kejuruteraan Jepun bagi menghasilkan produk bertaraf premium.
“Kami merupakan satu-satunya pengeluar tayar di Malaysia yang menggabungkan kemahiran tukang tempatan dengan presisi Jepun bagi mencapai standard kualiti premium.
“Semua tayar keluaran Toyo Tires dihasilkan di kilang Taiping oleh 100 peratus tenaga kerja tempatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta peluang pekerjaan.
“Manakala teknologi Jepun dan amalan Kaizen memastikan setiap produk memenuhi piawaian keselamatan serta ketahanan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran manifesto tersebut.
Dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan, Toyo Tyres turut memperkenalkan aplikasi T-CARE yang menawarkan pendaftaran tayar secara digital, pulangan tunai Touch ‘n Go eWallet sehingga RM40 bagi pengguna kali pertama serta perlindungan jaminan tayar selama enam tahun.
Song Chye memberitahu, syarikat melancarkan platform e-TEN bagi membantu pengedar mengurus tempahan, inventori dan operasi perniagaan dengan lebih cekap.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia, Mike Toh berkata, kilang syarikat di Taiping ketika ini melaksanakan Intelligent Manufacturing Transformation (IMX) bagi mewujudkan ekosistem pengilangan yang lebih pintar, cekap dan mampan.
Pada masa sama, Toyo Tires terus memperkukuh tanggungjawab sosial korporat menerusi inisiatif Komuniti PRIHATIN TOYO dengan menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP, Yayasan MyKasih dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi menyokong bantuan kemanusiaan, kebajikan, pendidikan serta pemerkasaan golongan OKU penglihatan.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan, syarikat turut menganjurkan Promosi Merdeka dari 1 Ogos hingga 30 September 2026, menawarkan ganjaran bernilai lebih RM500 termasuk cashback e-Wallet dan barangan eksklusif Thermos kepada pelanggan yang membeli empat tayar terpilih tertakluk kepada terma dan syarat. – MalaysiaGazette
















