ISTANBUL – Komander Kor Mohammad Rasulullah di bawah Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Tehran, Brigedier Jeneral Hassan Zadeh berkata Amerika Syarikat (AS) dan Israel gagal mencapai matlamat mereka terhadap negara itu, lapor Anadolu Ajansi memetik Agensi Berita Tasnim.
Menurut laporan itu, Zadeh membuat kenyataan berkenaan ketika melawat batalion pertahanan udara Divisyen Mohammad Rasulullah Ke-27 yang dinaik taraf bagi menilai tahap kesiapsiagaan pasukan berkenaan.
Beliau berkata kekuatan rakyat Iran serta kesiapsiagaan menyeluruh pasukan Basij telah menjadikan negara itu antara kuasa utama di rantau berkenaan dan dunia.
Zadeh turut mendakwa pemimpin AS dan Israel kini tidak mempunyai jawapan kepada pandangan umum, golongan elit mahupun rakyat mereka sendiri berhubung kegagalan yang berulang kali dialami. – BERNAMA-ANADOLU
















