Bintang golf Australia yang sedang meningkat naik, Jessica Bang, meninggal dunia pada usia 18 tahun selepas mengalami pendarahan otak. (Kredit foto: WPGA Tour of Australasia)

BERLIN – Bintang muda golf Australia Jessica Bang meninggal dunia pada usia 18 tahun selepas mengalami pendarahan otak, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Persatuan Pemain Golf Profesional Wanita (WPGA) mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“WPGA Tour of Australasia dan komuniti golf Australia amat berdukacita atas pemergian anggota jelajah muda Jessica Bang di Thailand.

“Jessica merupakan bakat muda luar biasa yang memberi impak besar dalam tempoh singkat beliau menyertai jelajah berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Bang, yang memenangi kejohanan profesional pertamanya dalam penampilan kelima awal tahun ini, sedang membuat persiapan untuk menyertai satu kejohanan di Thailand pada 1 Ogos apabila beliau tiba-tiba rebah.

Beliau kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di Bangkok dan menjalani pembedahan otak.

Beliau dirawat hampir dua minggu di unit rawatan rapi sebelum meninggal dunia pada Khamis.- BERNAMA-dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here