Anggota bomba memadamkan rumah kayu yang hangus terbakar di Desa Mawar 2, Muadzam Shah, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Tiga sekeluarga maut selepas sebuah rumah kayu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lorong Sekolah Kanan 2A, Desa Mawar 2, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, PBK I Muhamad Suhaidi Abu Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira 4.11 pagi, mangsa yang maut terdiri daripada masing-masing seorang lelaki dan dewasa serta seorang kanak-kanak.

Namun, seorang lagi lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak yang turut berada di rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri.

Kebakaran turut memusnahkan sebuah rumah separuh kekal yang terletak bersebelahan, dengan anggaran kemusnahan 70 peratus dan semua penghuninya dilaporkan selamat.

Terdahulu, Muhamad Suhaidi berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah tiba di lokasi pada 4.17 pagi, kira-kira enam minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah struktur kayu berkeluasan kira-kira 20 x 30 kaki persegi dan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 30 x 40 kaki persegi.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Muadzam Shah menggunakan dua aliran salur bantu mula air pam jentera serta dua aliran hos 200 kaki dengan dua nozel daripada sumber pili bomba bagi mengawal kebakaran.

Bantuan enam anggota dari BBP Chini turut digerakkan untuk kerja-kerja overhaul dan mencari mangsa yang terperangkap.

Kebakaran berjaya dikawal pada 5.05 pagi.

Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here