KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita warga Malaysia bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Wanita berkenaan, Wong Pool Ling, 51, gagal dihubungi meskipun SPRM telah berusaha mengesannya di alamat terakhir di No. 303, Blok Jalan Muhibbah 18, Taman Muhibbah, Seri Kembangan, Selangor.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu itu diminta tampil membantu siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, PKPs Muhammad Mikael Abdullah menerusi talian 012-3316521 atau 03-5525600 (Pejabat SPRM Negeri Selangor).
Maklumat juga boleh disalurkan melalui e-mel [email protected].
SPRM menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Wong supaya menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette
















