Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Pengerusi sebuah agensi kerajaan antara lima individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di negeri ini.

Selain itu, empat lagi individu yang ditahan terdiri daripada dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani wanita.

Sumber SPRM berkata, pengerusi bergelar Datuk berusia 50-an itu dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah ketika itu untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan sekutunya.

“Suspek terbabit juga dipercayai menggunakan kedudukannya dengan terlibat dalam meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta.

“Kesemua suspek berusia 40-an hingga 50-an tersebut ditahan secara berperingkat kira-kira jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di pejabat SPRM di sini, semalam.

“Mereka akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret George Town, pagi ini,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here