Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bercakap pada sidang media di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 22 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) telah mengenal pasti beberap kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu tidak lama lagi.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, hasrat itu telah dimaklumkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti gabungan itu sebagai persiapan awal melancarkan jentera partinya.

Menurut beliau, Gerakan menjangkakan DUN Melaka akan dibubarkan pada bulan depan dan PRN akan berlangsung pada Oktober ini.

“Masih lagi dalam peringkat perbincangan tapi belum ada apa-apa keputusan lagi.

“Jika ada rezeki dan kriteria dipenuhi,, kita teruskan bertanding, namun jika tidak dapat, calon dan jentera bersedia dialihkan ke mana-mana kawasan untuk membantu kempen calon PN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic memberitahu, Gerakan mengakui kelemahan jentera parti itu menjadi punca kekalahan pada PRN Negeri Sembilan awal bulan ini.

Katanya, jadual pembubaran yang amat singkat ini dan kesuntukan masa menyebabjan jentera parti tidak dapat dilancarkan pada saat-saat akhir.

Tegas beliau, selepas ini, Gerakan akan mewajibkan pada persidangan perwakilan agar semua negeri mesti melancarkan jentera masing-masing.

“Dan kita telah belajar daripada parti komponen PN seperti contohnya Pas yang sudah habis lancar jentera di semua negeri.

“Dan persediaan mereka kini sudah siap sedia untuk menghadapi PRU dan PRN yang akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here