MELAKA – Raptai penuh Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka berlangsung di Persiaran Jalan Pantai, Klebang, di sini sebagai persediaan menjelang acara kemuncak Isnin ini.
Raptai berkenaan melibatkan penyelarasan perbarisan, persembahan dan pergerakan kontinjen bagi memastikan perjalanan sambutan berlangsung lancar serta teratur.
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri itu dijadualkan bermula pukul 7 pagi pada 31 Ogos ini dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan, pasukan beruniform, pertubuhan dan masyarakat setempat.















