Professor Dr. Yvonne Lim Ai Lian, Associate Deputy Vice-Chancellor (Academic and International) (2nd from left) with Prof. Dr. Jacob John (extreme left), Assoc. Prof. Dr. Thanapan Laiprakobsup, Executive Director of AUN (2nd from right) and Prof. Dr. Loh Sau Cheong, Director, AUN-DPPnet (extreme right).

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mencatat satu lagi pencapaian antarabangsa selepas ASEAN University Network (AUN) meluluskan secara rasmi ASEAN University Network – Geriatric Dentistry Thematic Network (AUN-GDENT).

Rangkaian yang diterajui Fakulti Pergigian UM itu merupakan rangkaian akademik peringkat ASEAN pertama yang didedikasikan kepada pergigian geriatrik dan penuaan sihat.

Cadangan penubuhan AUN-GDENT diterajui UM dengan kerjasama rakan pengasas iaitu National University of Singapore, Universitas Indonesia dan Khon Kaen University.

Kelulusan berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Rektor ASEAN University Network ke-17, sekali gus mencerminkan komitmen serantau dalam menangani cabaran populasi yang semakin berusia.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti Malaya (JKPU) meluluskan peruntukan dana permulaan RM100,000 bagi menyokong penubuhan Sekretariat AUN-GDENT di Fakulti Pergigian.

Dana berkenaan akan menyokong aktiviti awal rangkaian termasuk tadbir urus, program kerjasama, platform digital, perancangan penyelidikan dan penglibatan serantau.

AUN-GDENT akan menjadi platform serantau bagi memperkukuh pendidikan, penyelidikan, pembangunan kapasiti, penglibatan dasar serta khidmat komuniti dalam bidang pergigian geriatrik.

Menerusi kerjasama universiti dan rakan strategik ASEAN, rangkaian itu turut menyasarkan penyelarasan kurikulum pergigian geriatrik, penyelidikan bersama serta mobiliti pensyarah dan pelajar.

Sebagai Sekretariat, UM akan menerajui penyelarasan inisiatif serantau, memperkukuh kerjasama dan memajukan penyelesaian inovatif yang menyokong penuaan sihat.

Penubuhan AUN-GDENT turut memperkukuh kedudukan UM dalam ASEAN University Network serta komitmennya terhadap keutamaan kesihatan serantau dan global. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here