Ayatollah Seyyed Ali Khamenei

TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mendoakan agar Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam keadaan selamat dan kembali ‘ke dalam tangan negara’ selepas helikopter yang dinaiki mereka dilaporkan terhempas.

Ayatollah Khamenei memberi reaksi tersebut kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga kakitangan dan komander Kor Pengawal Revolusi Islam.

Sambil melahirkan rasa sedih terhadap insiden tersebut, Ayatollah Khamenei melahirkan harapan agar Tuhan akan mengembalikan presiden dan rakan-rakannya ke pangkuan negara.

Pemimpin itu berkata, bagaimanapun, rakyat Iran harus bertenang dan yakin insiden itu tidak akan memberi kesan kepada operasi rutin negara ini.

“Negara Iran tidak sepatutnya bimbang. Tidak akan ada gangguan kepada operasi negara,” kata Ayatollah Khamenei.

Terdahulu pada hari Ahad, helikopter yang membawa pulang Presiden Raisi selepas merasmikan pembukaan empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan dilaporkan terhempas ketika mendarat di wilayah Varzaqan.

Berpuluh-puluh pasukan penyelamat telah dikerah untuk mengesan lokasi nahas.

Operasi mencari masih dijalankan, tetapi keadaan cuaca buruk menghalang usaha. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast