Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 3,503 orang daripada 1,141 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 2,771 orang daripada 924 keluarga malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, A-P-M Kedah Mejar Muhammad Suhaimi Mohd Zain memaklumkan, semua mangsa ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara, P-P-S melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, dan Pendang.














