MEDIU dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan menganjurkan Hari Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan Asas pada 31 Disember ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan menganjurkan Hari Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan Asas pada 31 Disember ini.

MEDIU dalam satu kenyataan berkata, program tersebut bertujuan memberi peluang kepada kakitangan, pelajar dan komuniti  setempat sebagai platform meningkatkan kesedaran tentang kepentingan derma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Kata kenyataan itu, program tersebut turut dianjurkan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Mahabbah Malaysia Association dan Masjid Al-Khasyi’in.

“Program secara percuma ini akan diadakan di Dewan Utama Universiti Antarabangsa Al-Madinah bermula pukul 9.00 pagi sehingga 3 petang.

“Turut diadakan demonstrasi prosedur resusitasi kardio-pulmonari (CPR) sebagai pengetahuan yang diperlukan untuk bertindak segera bagi memberikan bantuan kecemasan itu jika berdepan dalam situasi yang boleh mengancam nyawa,” katanya kenyataan hari ini.

MEDIU menambah, kempen derma darah adalah satu inisiatif penting dalam menjaga kesihatan awam dalam memastikan ketersediaan bekalan darah yang mencukupi di negara kita.

Namun keperluan untuk memastikan tabung darah sentiasa mencukupi adalah satu cabaran disebabkan memerlukan penyertaan aktif dari semua lapisan masyarakat terutama golongan muda dan pelajar universiti.

“Penglibatan masyarakat terutama golongan muda dalam program derma darah adalah kunci utama dalam membentuk generasi yang peka terhadap keperluan tabung darah negara serta menjamin bekalan darah negara,” katanya.

Untuk maklumat lanjut pendaftaran bagi program, orang ramai boleh menghubungi talian +603-9055 5245 untuk pendaftaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast