KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta ditahan dan sitaaan terhadap kenderaannya dilakukan selepas dia melanggar beberapa kali sebuah kereta Proton Pesona dalam kejadian di Pekan Kampar 15 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian pada jam 2.45 petang itu apabila pemandu kereta Nissan Sentra melanggar bahagian belakang Proton Persona yang dipandu seorang wanita.
Siasatan awal mendapati punca kemalangan berlaku apabila pemandu Nissan Sentra tidak menjaga jarak selamat hingga mengakibatkan pelanggaran kali pertama.
Pemandu kereta itu kemudian membuat khianat dengan melanggar Proton Pesona tersebut berkali-kali hingga mengalami kerosakan di bahagian bonet dan bumber belakang.
Kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan khianat.
Tindakan saman juga dikenakan terhadap suspek. – MalaysiaGazette
















