KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah pikap di Jalan Jenderam Hilir dari arah Salak Tinggi menghala ke Bangi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian yang berlaku lebih kurang 7.30 pagi itu mengakibatkan ketika penunggang motosikal berusia 22 tahun cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, setakat ini jenis dan nombor pendaftaran pikap tersebut belum dikenalpasti.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Inspektor Nurulsakela Ramlee di talian 019-5588221. – MalaysiaGazette















