Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SUBANG JAYA – Perkembangan siasatan awal insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan diumumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, petang ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkembangan itu merupakan hasil dapatan awal yang diperolehi dalam tempoh 72 jam selepas insiden berlaku, Selasa lalu.

“Hasil siasatan awal akan diumumkan pada sidang media. Tapi kita tidaklah umum laporan bertulis, cuma ia berdasarkan siasatan dalam tempoh 72 jam.

“Laporan teknikal secara terperinci memerlukan masa untuk diumumkan kerana tahap mendapan tanah perlu dipastikan terlebih dahulu.

“Dapatan yang akan diumumkan melibatkan siasatan jenayah dan kecuaian serta laporan teknikal,” ujarnya.

“Seterusnya kita akan kemas kini perkembangan terkini dari semasa ke semasa jika ada keperluan,” ujar beliau kepada pihak media selepas melawat mangsa insiden kebakaran di pusat penempatan sementara di Masjid Putra Heights, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast