Seorang pengurus syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk permohonan perintah reman.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Mersing menahan seorang pengurus syarikat membabitkan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pengurus sebuah syarikat swasta telah ditahan kira-kira pukul 8 malam tadi di Pejabat SPRM Johor.

Difahamkan, tangkapan dibuat ke atas suspek kerana mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu ke Jabatan Perikanan Negeri Johor.

Ia berkaitan kerja membekal, menghantar dan mentauliah peralatan sokongan kepada penerima bantuan PPSPA Bil.1/20223 Negeri Johor bernilai lebih RM110,000 sedangkan pembekalan tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pukul 8.30 pagi tadi bagi mendapatkan permohonan reman.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast