Tan Sri Shahrir Abdul Samad. UMNO President Prime Minister
Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan beliau letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa hari ini.

Shahrir dalam satu kenyataan memaklumkan, surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi Felda oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan di dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baru.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Felda di atas sokongan dan kerjasama baik sepanjang perkhidmatan saya sebagai Pengerusi Felda dalam usaha membawa Felda ‘Balik ke Asal’,” katanya dalam kenyataan itu di sini.

 

Shahrir dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Januari tahun lalu bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang meletakkan jawatan.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bharu gagal mempertahankan kerusinya pada pilihanraya umum yang lalu apabila tewas kepada calon Pakatan Harapan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dengan majoriti 19,782 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast