PUTRAJAYA – Cenderahati ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan bukan mewakili kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata cenderahati itu barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor sebagai tanda penghargaan dan tidak seharusnya diperbesarkan.
“Itu (cenderahati) adalah hadiah peribadi (kepada Xi), saya tak cakap mewakili kerajaan,” katanya kepada media perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis Raikan Kasih MADANI 2025, di sini hari ini.
Baru-baru ini Loke memberikan plak dengan ukiran naga kepada Xi sebelum beliau berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari bermula 15 April hingga 17 April lepas.















