Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang merosakkan rumah ibadat agama Hindu di Taman Sri Ampang dekat sini semalam telah direman empat hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, suspek berusia 33 tahun itu dikenakan reman bermula hari ini hingga Jumaat depan.

“Kita sudah mendapatkan ke atas lelaki ini bermula 20 Mei hingga 23 Mei ini untuk siasatan lanjut,” katanya ringkas hari ini.

Semalam, media melaporkan lelaki tempatan itu ditahan selepas merosakkan rumah ibadat agama Hindu di Taman Sri Ampng susulan aduan dibuat oleh setiausaha kuil terbabit.

Mohd Azam dilaporkan berkata, pengadu berusia 34 tahun telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerusi telefon bimbitnya sekitar pukul 6 pagi memaparkan seorang lelaki memasuki kuil itu.

“Sekitar pukul 8.30 pagi, suspek didapati masuk semula ke kuil itu dengan membawa tukul besi, pemotong besi, sebilah keris serta memecahkan tempat sembahyang.

“Susulan itu, pengadu bergegas ke kuil sebelum dihalau oleh suspek dengan mengacukan parang dan mengugut untuk memotong kepala lelaki itu,” katanya.

Semakan awal mendapati kes terbabit tiada kaitan dengan ekstremis dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 296 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki khayal disyaki musnahkan kuil di Ampang ditahan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast