Petugas gerai pameran memberikan penerangan kepada pelanggan pada hari pertama pembukaan Pesta Buku selepas Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke-42 Tahun 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 23 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Tawaran harga buku serendah 40 peratus antara tarikan utama pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 anjuran ke-42 yang bermula hari ini sehingga 1 Jun.

Tinjaun MalaysiaGazettte mendapati, ruangan reruai yang semakin besar dan banyak juga memberi keselesaan kepada mereka untuk membuat pilihan membeli buku kegemaran pada pesta ini.

Pengungjung, Mohd Farid Md Yunos, 35, bercakap kepada wartawan ketika hadir pada hari pertama pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke-42 Tahun 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 23 MEI 2025.

Pengunjung, Mohd Farid Md Yunos, 35, berkata, penganjuran PBAKL tahun ini menunjukkan perubahan yang sangat baik kepada orang ramai untuk membuat pilihan dan harga ditawarkan juga sangat kompetitif.

“Kalau dibandingkan secara fizikal, kali ini  lebih luas dan tidak terlampau sempit dan mudah untuk membawa keluarga tanpa perlu berhimpit, pada tahun lalu sempit kalau ramai orang susah untuk bergerak.

“Untuk pilihan buku juga banyak yang baru dan harga bersesuaian malah setiap penerbit pun tawarkan diskaun tersendiri seperti Dewan Bahasa Pustaka (DBP) buat potongan sebanyak 20 hingga 40 peratus.

“Bukan itu sahaja, buku lama yang tidak dapat beli tahun lepas pun masih ada tapi harga yang ditawarkan jauh lebih murah sebab kami bajet cuma RM200 jadi boleh dapat pelbagai pilihan buku,” katanya pada pemberita.

Murid Sekolah Rendah juga tidak melepaskan peluang hadir ke Pesta Buku pada hari pertama Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke-42 Tahun 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 23 MEI 2025.

Mengulas mengenai perkembangan industri buku pada masa kini, Farid yang datang dari Kuantan, Pahang berkata ia masih lagi relevan dan diperlukan untuk rujukan pada masa akan datang.

“Pandangan saya, (buku) masih relevan jika dibandingkan e-digital yang tidak merangkumi semua peringkat umur. Saya berusia 30-an ke atas, masih suka benda yang fizikal untuk pegang.

“Kalau dibandingkan anak saya, minat arah digital namun secara umum dekat Malasyia masih signifikan sebab buku memang sedap untuk dipegang dan difahami,” ujarnya.

Pengungjung, Afizah Tahir, 46, bercakap kepada wartawan ketika hadir pada hari pertama pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke-42 Tahun 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 23 MEI 2025.

Sementara itu, Afizah Tahir,46, merupakan penjawat awam turut berpandangan sama mengakui terdapat pilihan genre buku mengikut peringkat umur boleh didapati di PBAKL ini.

“Ini kali kedua saya bersama  anak-anak hadir ke pesta dan terdapat banyak pilihan sehingga tidak tahu yang mana satu mahu dipilih malah tempat semakin luas serta selesa sampai ke atas (tingkat lima).

“Anak-anak juga sudah ada pilihan buku yang memang dicari seperti komik Nirnama untuk dapatkan edisi baharu dan hadiah percuma, malah diskaun pun banyak serta jauh lebih murah dari luar,” jelasnya.

Terdahulu, Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron berkata PBAKL 2025 menampilkan sebanyak 1,172 reruai atau ruang pameran yang melibatkan pempamer tempatan dan luar negara kepada pengunjung yang hadir.

Beliau juga dilaporkan berkata, pihaknya menyasarkan seramai 1.9 juta pengunjung yang akan menghadiri PBAKL 2025 berbanding tahun lalu hanya 1.8 juta sahaja direkodkan sepanjang 10 hari pesta itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast