Ayob menerima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, masing-masing menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri  sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Tiga lagi individu yang menerima darjah kebesaran itu ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaafar dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain.

Seramai 104 individu lain menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Shukor Mahmood, Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara Datuk Donald Joseph Franklin dan Akauntan Negara Nor Yati Ahmad, antara enam individu dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Ramzi Mansor dan Pakar Bedah Kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah Datuk Dr Simon Jerome Vendargon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast