Facundo Garces berusia 25 tahun dan berasal dari Argentina. Foto Malaysia NT.

KUALA LUMPUR – Tonggak pertahanan tengah kelahiran Argentina, Facundo Garces menamatkan teka-teki mengenai pemain warisan baharu Harimau Malaya selepas diumumkan secara rasmi menyertai skuad senior Harimau Malaya.

Pemain berusia 25 tahun itu bakal membawa kualiti, pengalaman dan kepimpinan yang tinggi kepada Harimau Malaya ketika pasukan negara sedang memperkukuh skuad bagi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.

Garces yang pernah beraksi dalam liga utama di Argentina dan baru sahaja menamatkan musim bersama Deportivo Alaves dalam La Liga sekaligus sudah melengkapkan semua keperluan pendaftaran dan kelayakan.

Ketua Jurulatih, Peter Clamovski berkata, Facundo mempunyai perwatakan yang kuat. Seorang pertahanan yang tenang dengan personaliti yang hebat serta pengalaman di peringkat tertinggi.

“Dia amat bersemangat untuk mewakili Malaysia dan berbangga dalam mengharumkan nama negaranya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Malaysia NT.

Sebelum ini, beberapa nama pemain dari luar negara dikaitkan sebagai pemain warisan baharu Harimau Malaya dan akan menyertai skuad sebelum aksi berdepan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Jun ini.

Ia termasuk Rodrigo Holgado yang menjadi bualan hangat selain Jefte Betancor dan Jon Irazabal.

Sementara itu, Garces turut meluahkan keterujaannya untuk mewakili Malaysia sambil menyifatakan sebagai satu penghormata luar biasa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Harimau Malaya.

“Sejak tiba, saya sudah merasai kehangatan, semangat kekeluargaan, dan sokongan yang ikhlas dari semua,” katanya.

“Jika ini baru permulaan, saya tidak dapat bayangkan betapa hebatnya apabila seluruh negara dan penyokong berdiri teguh bersama kami dan saya bersedia memberikan segala-galanya demi Malaysia,” katanya.

Garces sudah menyertai kem latihan skuad kebangsaan sempena jendela Persekutuan Bolasepak Anntarabangsa dan akan layak untuk dipilih bagi perlawanan menengang Vietnam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast