Keadaan lokasi nahas membabitkan bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah kereta di di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan seorang kelindan bas disahkan maut dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, 13 orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi di hospital.

Mereka yang meninggal dunia terdiri 10 perempuan dan lima lelaki.

Sehingga berita ini di tulis, identiti mereka belum diperoleh.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik

Setakat jam 9.30 pagi tadi, seramai 29 mangsa mangsa yang cedera dirawat di Hospital Gerik, 44 di Hospital Baling. – MalaysiaGazette

Sekurang-kurang 13 maut, 31 cedera bas UPSI berlanggar dengan kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast