Ahmad Zahid Hamidi

 

KUALA LUMPUR – Semua  agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam siasatan tragedi kemalangan jalan raya melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli–Gerik berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi diminta memberi laporan penuh untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyeru agar semua pihak dapat bersabar dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi melancarkan siasatan.

Beliau turut berduka dan bersedih atas insiden tragis yang menimpa para pelajar berkenaan.

“Kehilangan nyawa muda dalam satu perjalanan ilmu merupakan satu dugaan yang amat besar. Sebagai seorang bapa, saya amat terkesan dengan kejadian ini.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi saat yang sukar ini

“Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya yang turut mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan segera pulih dan diberi kesembuhan sepenuhnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast