Seorang rakyat Malaysia tampil mempertahankan hak bersuara selepas disiasat berhubung video fakta yang dimuat naik di TikTok mengenai pengumpulan data oleh kerajaan. Beliau menegaskan video itu bersandarkan kenyataan rasmi media, menteri dan agensi kerajaan — bukan bertujuan menghasut.
Walaupun bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, beliau tetap berpendirian akan terus bersuara demi kepentingan awam dan kebebasan bersuara. Katanya, “kalau bertanya pun jadi kesalahan, ini tanda negara sedang menuju arah yang membimbangkan.”














