Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berkaitan akaun TikTok @SAIFUDDIN_NASUTION1 yang menggunakan teknik kecerdasan buatan (AI) dan disyaki palsu atas nama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan menawarkan bantuan kewangan bagi tujuan tertentu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Datuk Fadil Marsus berkata, berikutan laporan yang diterima itu, pihaknya melakukan siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati, tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran bantuan kewangan melalui media sosial dan sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Selain itu, polis turut memeberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam pelanggaran undang-undang ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast