Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP WAN Azlan Wan Mamat.

KUALA LUMPUR – Tiga lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes melarikan mangsa yang disumbat ke dalam sebuah lori susulan pergaduhan di tengah jalan di Jalan Persiaran Puchong Permai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan berumur di antara 18 hingga 19 tahun.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 10 malam, semalam.

Mereka ditahan di sekitar Hulu Selangor dan Puchong,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, polis turut merampas pakaian serta telefon bimbit milik mangsa.

Selasa lalu, seorang lelaki dilarikan oleh sekumpulan individu selepas dia disumbat ke dalam sebuah lori.

Kejadian yang berlaku sekitar 6.38 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Susulan itu, seorang suspek lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau dan turut memiliki tatu dipercayai lambang ahli kongsi gelapdi tahan di tepi jalan SS 19, Subang Jaya kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut.

Terdahulu polis mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast