Kredit FB Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah disifatkan sebagai medan ujian dan peluang membuktikan kematangan serta kewibawaan Puteri UMNO sebagai suara masa depan.

“Saya percaya dengan kekuatan solidariti dan semangat kental, Puteri UMNO akan terus melakar kejayaan bukan hanya dalam parti tetapi dalam membina bangsa dan memacu negara,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena
ulang tahun Ke-24 Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini.

“Teruslah bersinar sebagai peneraju wanita muda tanah air,” katanya.

Presiden UMNO juga menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO sempena ulang tahun ke-24 penubuhan sayap itu yang terus teguh menjadi tulang belakang perjuangan parti sejak lebih dua dekad.

Menerusi hantaran Facebook, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Puteri UMNO merupakan nadi dinamik yang mewakili suara wanita muda, berani ke hadapan, bijak menyusun gerak kerja dan tidak pernah gentar mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan.

“Dari medan media sosial hingga ke akar umbi desa dan kota, Puteri sentiasa hadir menyumbang tenaga dan menyemarakkan semangat juang,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast